Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ustaz Abdullah Hasan tampil membuat laporan polis setelah menerima ancaman bunuh daripada beberapa individu di laman sosial Facebook.Beliau bersama 10 pengikutnya menyedari ancaman tersebut 2 hari lalu dan membuat keputusan untuk menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan menurut peruntukan undang-undang. Turut hadir ketika laporan dibuat ialah lima wartawan tempatan termasuk Utusan Malaysia, Kosmo dan Sinar Harian.Beberapa individu dikesan bertindak mengeluarkan ancaman bunuh ketika memberi komen pada gambar ustaz Abdullah yang ditulis dengan hasutan dalam laman sosial tersebut.Berasaskan berita ini, pihak polis memandang serius sebarang kes ancaman bunuh dan akan menyiasatnya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).Sejak akhir-akhir ini mazhab Syiah yang didakwa semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia telah diserang oleh golongan Wahabi secara besar-besaran.
29 Julai 2013 - 19:30
News ID: 446643
Pihak polis ambil berat kes ancaman bunuh